BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 31 December 2008

....??!!

hari ni tak dek bende yang pelek2 berlaku dalam idup ana. just ari ni sejuk sangat... pagi tadi time ana bangun tido, suhu kat sini 13c. girr girrr...

yay... tak lame lagi ana nak balik ke malaysia.. rindu nyer kat nasi lemak.. secret recipe.dan macam2 lagi lah... kat kawan tidak ana lupekan. hehehehe... miss u guys damn much..
especially beja, aen, nadz, esah, aten ngan the boyz dari batch 2007..

ari payah sangat ana nak tulis blog ni... punye lah lame ana merayu kat adek2 ana ni. ish ish ish. payah betul ade adek macan ni. ooppss... jangan marah wahai adekku bile bace blog ni. kih kih kih..

sekarang ni merupekan saat2 akhir ana nak shopping kat sini. duit pun dah nak kering. macam2 gak yang ana beli. dari beg sampailah ke accessories... inilah sifat perempuan walaupun ana ni bukannye feminin sangat pun.. (gelak). budak2 abim mesti tau perangai ana especially dari batch ana, kan?(wink wink). ana ada cakap kan yang umi ana dah balik? rindu jugak kat masakan umi...(weeping).

berita sensasi!! beja, beja, aku da cakap kat ko kan yang aku da makcik mude setahun dari aku, kan? kita orang main2 yang aku ngan dia suami isteri. siap ade madu lagi. aku of course lah jadi isteri die yang pertama dan madu aku afifah.. eeee geli geliman bile aku cerita kat ko ni (nak muntah dah ni)... hari ni officially dah cerai ngan dia. horray!! sebab nyer aku tak belikan dia thumbdrive yang dia nak. itu lah... sape suruh tak bagi duit nafkah kat isteri dia...

eh, tercakap 'aku' pulak. tak pelah... sekali sekala nak jadi budak ganas..abi ana sekarang ni tengah jadi DJ radio. tergelak2 ana dengar. adek2 ana jadi penyanyi alias penyanyi jemputan kat situ. entah ape2 lah...

ok lah. sampai sini jer lah.. ana nak join same ngan dia orang.. sayonara...

Thursday 25 December 2008

wish me luck!!!!

sekarang baru laa...nak update blog.. haih... 2 hari lepas umi ana ngan amalina dah balik ke Malaysia... rasa sunyi pun ade gak... boleh tak korang bayangkan ana kene masak untuk adik2 ngan abi ana... nak harapkan ana ni...ana mane tau masak sangat... rase nyesal lak tak belajar masak ngan umi ana... ana ni sebenarnyer takutkan minyak yang panas. tapi ana cube gak.. chayo chayo Ili...!

semalam, waktu krismas eve... ramai giler orang keluar... kat malaysia mane pernah rase macam ni... semalam ada firework tapi ana tak tengok... dengar bunyi jer...

kan ana pernah cakap ana nak ke shenzen kan? kat sana ana shopping giler2. barang2 kat sana murah2 banget... waktu kat tengah crowd, ana sempat kene kejar ngan makcik mane entah. suruh buat manicure... cuak giler... kat sane family ana asyik dipandang orang... pelik sangat ke kita orang ni..? kalau bab makan lak, ana tak dek masalah.. restoran halal ada dekat...jer ngan hotel yang kita orang menginap... so, kalau pegi sana... jangan memilih sangat makanan kalau x boleh mati kebuluran... kih kih kih....

ok lah. samapai disini dulu jer laporan ana... ana nak gi jalan2 ni... bye....

Friday 12 December 2008

BORINK NYER....

ari ni tak de bende yang istimewa berlaku dalam hidup ana. ingat ari ni nak gi North Point, temankan sepupu ana gi jalan2. tibe2 rasa malas nak gi. so, kami pun just duduk2 kat umah, tengok tv dll. sebelum asar kami sume diwajibkan pegi ke masjid. katanya ada jemputan makan2 kat atas bumbung bangunan masjid Ammar tu. memang banyak makanan yang dihidangkan, tapi ana ngan adik2 makan masakan umah jer. just makan rendang, bihun ngan nugget jer... ari sepupu ana kene marah ngan TKW(tenaga kerja wanita yang ikut makan kat sana). siap tolak2 lagi tu... tetibe kawan dia bagitau yang Amalina(sepupu ana) ni adalah salah seorang tetamu undangan iaitu keponakannya (anak saudaranya) Pak Muhaemin. terus jer dia mintak maaf. pengajarannya di sini, "janganlah terus berkasar ngan orang walaupun dia hanya seorang TKW" dan lagi satu, "terus mintak maaf kalau terkasar bahasa atau terpukul yek!"

p/s: ingatlah pesanan penaja ini.

Thursday 11 December 2008

macam macam event!!


adik ngan sepupu ana dah sampai kat hong kong hari selasa lepas. so, rumah ana yang sempit ni pun dah jadi bertambah sempit. haih... umi ana pun dah cakap suruh pindah kat rumah yang besar sikit.tak tau lah jadi ke tidak coz' tahun depan ana maybe tak gi sini. kan SPM tahun depan.

tukar cerita lain lak.. ana sekarang ni jadi tour guide sepupu ana. rasa nak tercabut jugaklah kaki ana ni...eh, lupe lak nak cite pasal sambutan raya kat sini. ana solat raya ari selasa,tak ikut Malaysia. of course lah cara nyer lain. ana tak ingat brape kali takbir dia orang buat. ana rasa cuak gak nak solat kat situ. yang kelakar nyer takbir orang kat sini lain tau... bunyi nyer lebih dalam lagi. ana siap rakam bunyi takbir dia orang. adik ana yang bonsu ni siap boleh ajuk cara dia oarang takbir ngan baca surah. tergelak gile2 ana.. abi ana pun ikut ajuk sama.. hahaha..










ana dah bawak sepupu ana ke tempat2 biasa yang ana dah pegi. pegi sogo, time square, kedai cd dll. semalam family ana pegi Tsim Sha Tsui naik feri. kos dia hks2.20 jer untuk adult. seronok gak naik feri waktu malam. sampai sana jer terus cari spot yang boleh tengok show lampu2 ngan muzik. sambil tunggu2 kita orang tangkap gambar. pemandangan hong kong memang cantik. entah brape lama dah ana tunggu show tu, tak keluar2.. ana tanye lah abi ana,

ana: abi, bila nak keluar show tu? letih dah ni...
abi: dah habis dah kut. sebab nyer mula pukul 7 tapi kita sampai kul 8.
ana: alaa...

kita orang pun terus jalan sampai hujung pier tu dan terjumpe macam tapak tangan artis hk yang terkenal. alaa...macam kat hollywood tu... tetibe jer ayah ana suruh balik coz' abi ana dah letih. umi ana cakap,

umi: tak pe lah. kita balik dulu. lain kali anak2 dara ngan makdara jer yang pegi. tak yah ajak pakdara ngan adik teruna.
kami: yay! setuju...

dalam perjalanan balik tu, ayah ana asyik kena kan orang jer.. ana ngan adik2 ana rasa letih sangat. asyik2 kena tipu. haih, abi...abi... kaki ana rasa sakit sangat rasa macam nak tercabut jer..

sampai rumah jer, ana terus solat isyak dan beres2kan kerja. ana bertugas semalam. lepas siap jer ana terus bentang tilam dan terus tidur. dah tak hiraukan dah yang lain. ari ni umi ana bawak sepupu ana pegi Stanley market. nak survey harga2 cadar ngan alas meja. umi ana kata survey dulu baru beli coz' nanti nak pegi China. maybe harga kat sana lebih murah..

ok lah, sampai sini dulu. sayonara...

Sunday 7 December 2008

Selamat berpuasa sunat aidiladha...



esok umat Islam akan menyambut hari raya aidiladha. so, selamat berkorban...ari ni ana sekeluarga diwajibkan berpuasa (walaupun sepatutnyer puasa sunat) oleh umi ana.. haih, ape nak buat... ikut jer laa... suhu hari ni 14c.. gerrr...sejuk nyer... musim sejuk ni perut ana sentiasa lapar. ana makan tu, ana makan ni... tak leh tahan. minum hot coklat sampai 4 kali sehari. Bayangkan lah... eh eh. pose lah ari ni... x leh cakap pasal makanan. waktu bukak pose kat sini awal. emm.. dalam pukul 6. emosi ana skarang x tentu hala, mungkin sebab lame dah x keluar umah.. nak keluar rumah.. ana jadi makin x sehat. sekarang ana dah terjangkit batuk ngan selsema dari beja. dia cakap dia hantar virus dia ke oversea ari tu, ana pun dah terima pakej dia. kat sini udara kurang baik, banyak habuk. ari tu ana yang sedia sakit jadi makin sakit bila keluar. uhuk uhuk...


dah lah tu..ana stop sampai sini dulu yek! esok insyaallah ana sambung lagi..

kamsahamnida (thank you) sebab membaca blog ana ni...

Wednesday 3 December 2008

nay ho!(selamat petang!)

hari ni baru laa boleh bukak blog. semalam ana tak pegi mane2 tapi ari isnin lepas, ana pegi makan Haagen Dazs. pergh.. giler sedap.. harga nyer pun sedap. family ana order satu set aiskrim yang siap serve kek comel, buah, biskut ngan 2 cawan coffee. nak tau harga nyer brape?
satu set tu pun harga nyer hks150, kira2 rm 75. family ana terkejar-kejar nak pegi sana lepas makan malam sebab nyer dia bagi tempoh masa dari pukul 12 tgh hari sampai 8 mlm.

semalam abi ana and adik2 pegi Discovery bay but abi ana panggil nama singkatan nyer Disco. every week abi ana pegi sana untuk mengajar ''ibu2'' indonesia yang menetap di sana. di sana pantai nyer jernih siap boleh nampak anak2 ikan. kat seberang laut pulak boleh nampak Disneyland hotel. kebanyakan nyer orang2 putih yang tinggal kat situ. nak tau tak? penduduk kat sana tak dek kereta pun. dia orang just guna pengangkutan awam atau golf cart jer.. kalau ada peluang ana nak jugak tinggal satu malam kat sana.. tapi abi ana kata boleh main jer kat sana.. how dissappointed cause hari tu satu ibu kasi kita orang duduk sana. kata nyer temankan anak nyer, Hana main2 kat sana.. Hana pun satu,hyperaktif sangat. sekejap ada kat sane, sekejap ada kat sini. nak cakap ngan dia pun susah. kena cakap inggeris. terbelit-belit lidah nak cakap ngan dia.. huhuhu.. tu laa padan muka ana. tak biasakan diri cakap inggeris. lain kali kalau gi sana, ana nak cubalah cakap banyak2 ngan si Hana tu.. wish me luck..

kepada yang celebrate birthday hari ni, happy birthday especially to Nadzirah. i really miss u like orang gilak. dah tua dah Nadz ye.. tetibe ana teringat waktu kat ABIM dulu. jap jap. ana nak ketawa dulu. hahahaha.... ok ok dah lega dah.. ni pasal nadz berlakon jadi ibu tunggal kat bilik penginapan ari tu. ape yek name dia? eh, beja! ko ingat tak? markona ke joyah ha? sampai sakit2 perut aku ketawa time tu. kih kih kih... program bersamamu yang kita anjurkan ari tu memang sesuaikan, beja? semua nyer terlibat tapi.. ana tak ingat peranan ana. ape yek? ahh.. ana dah lupe dah... memang ana ni ada short term memori, so jangan marah ye, girlz.. hehehe..

ehm.... sampai sini jer lah dulu. nanti ana tulis lagi ape yang terjadi dalam hidup ana kat sini.. cho gin a (bye bye)...

Monday 1 December 2008

...Tolong...


ari ni kok aku jadi pusing? eh,terngomong indon pulak..hehehe...ape la nak jadi.. kat sini ana boleh dikatakan jadik bibik kat sini. tapi mestilah bergaji kan.upah satu hari 10 dollar hk, ehm...lebih kurang rm5 laa.. boleh tahan lah..

kalau nak berbelanja tu susah sikit la sekarang ni sebab ada economy crisis sikit.haih..ape lah ana nak buat ni.. kalau nak keluar jalan2 lak, hergh...sejuk banget(sangat)... hari tu suhu nyer 12darjah celcius.pergh,giler sejuk..siap tambah angin dari laut... girrr sejuk nyer.. ana terus pegang tangan abi ana. oopss.. umi ana jadi jeles kok! rilek laa umi..jangan jeles..

kat sini hari2 tengok kartun especially cartoon network ngan animax. umi ana cakap ana ni mengalahkan budak kecik. suke... sangat tengok kartun.. hehehe.. sengih2 kerang busuk jer lah ana..ape nak buat, umi..? dah anak umi ni suke tengok kartun..

k lah. sampai sini dulu yek! adik ana pun nak post dia punye blog plak! sayonara..

Saturday 29 November 2008

Selamat berkenalan!!

Assalamualaikum..

Kepada orang yang baru mangenali atau dah mengenali diri ana, ana ucapkan selamat berkenalan. Kepada kawan2 ABIM yang baca blog ni, ana rasa rindu sangat kat korang. Especially classmate 3 Ibn batutah batch 2007. korang semua apa kabar ya? sehat ke? Tahun depan kita semua akan menduduki SPM. Huh! Rasa berdebar-debar pulak bila tulis perkataan S.P.M. Go Go Chayo!!!

Ana sekarang ni kat Hong Kong. Biasa la..tiap2 tahun mesti pegi kat sini sebabnya ayah kerja kat sini sebagai Pegawai Dakwah. Maybe dah 8 kali pegi kat sana. Ana sekarang ni rasa dah boring pegi sini. hehehe... sebabnya sekarang ni x ada banyak duit nak pegi shopping.

Tapi, sekarang ni ramai orang Malaysia dah melawat ke sini. Selalunya nampak dia orang lunch kat Islamic Union, bangunan yang sama tempat ayah ana kerja. Ana tengok kat sini dah makin banyak restoran halal kat sini even kat Hong Kong Airport ada yang serve makanan halal. Hem.. nama restoran tu Popeye. Tempat tu agak tersorok, so, kena lah rajin tanye orang yek!

Tempat yang ana paling rasa seronok ialah Ocean Park. Alaa.. macam kat Genting Highland tu...
mesti ramai yang terfikir kalau pergi Hong Kong mesti pergi ke Disneyland. Ana dah ke sana, tapi ana rasa letih nak berbaris panjang2 semata-mata nak main permainan budak2. Memang lah rasa seronok bila nampak karakter2 kartun ada kat mana2 je dan boleh tangkap gambar ngan dia orang especially Minnie mouse ngan Chip & Dale. Comel betul!! apakan daya hati ana ni lebih suka kan permainan yang mencabar dan membuatkan ana rasa seronok nak main berkali-kali macam roller coaster ngan The Abyss. Ana main roller coaster ngan The Abyss sampai 2 kali, sebab bila main rasa macam tengah terbang.

Hish, kacau betullah orgil sorang ni. Sibuk jer nak tulis dia punye post. ok lah. sampai di sini jer lah dulu.. wassalam..