BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 27 August 2011

K3ba!kaN b3rpUa$A

Assalamualaikum, minna-san...

ogenki desuka?

lama dah x post dalam blog ni... dah bersawang & berhabuk pun... nak cakap sikit pasal kebaikan berpuasa...

Seluruh pakar perubatan telah bersetuju bahawa kantung perut yang penuh disebabkan banyak makan adalah punca utama kepada bermacam-macam penyakit. Maka, puasa adalah satu-satunya cara yang dapat memelihara anggota badan daripada semua penyakit kerana melaluinya unsur-unsur racun di dalam makanan dapat dineutralkan setelah berpadu di antara satu sama lain. Dalam bidang perubatan, kesan lapar adalah lebih baik daripada penggunaan ubat secara berterusan. Manusia digalakkan berpuasa walaupun tidak menghadapi sebarang penyakit. Ini kerana ia dapat membersihkan badan dari racun-racun yang berkumpul di dalamnya.

(1) puasa memberi peluang kepada organ-organ di dalam tubuh badan untuk memperbetulkan semula sistem penghadaman. Pengambilan makanan yang tidak terkawal atau lebih daripada kadar keperluan badan juga menyebabkan sistem yang bertindak mengawal badan terpaksa bekerja lebih kuat bagi mengimbangi seluruh pergerakan badan dengan memulihkannya kerana dengannya wujud satu sistem baru dalam badan yang bertindak mematikan sel-sel lama untuk digantikan dengan sel-sel baru yang lebih baik dan bertenaga.

(2) menurunkan berat badan sehingga mencapai ke satu tahap yang dikehendaki. Ditambah pula jika ia diteruskan dengan perlaksanaan puasa sunat seperti berpuasa di bulan Rejab dan Syaaban seterusnya Isnin dan Khamis.

(3) menghakis ketagihan merokok~ sebagai permulaan yang baik bagi individu yang merokok untuk menamatkan perbuatan membazir dan memudharatkan itu. Jika dilihat, apabila seseorang perokok itu berpuasa, maka dengan keimanan yang ada ia telah mampu mengawal ketagihannya sehingga waktu berbuka.

Kesimpulannya, puasa dapat:

  • merehatkan sistem tubuh.
  • dapat mengelakkan penyakit-penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan kegendutan.
  • mengurangkan berat badan daripada mengambil pil-pil pelangsing yang mungkin boleh mendatangkan risiko pada tubuh badan.
  • ketagihan merokok, dadah dan minuman keras yang boleh membawa kerosakan di dalam badan dapat dihakis.
  • mendidik tubuh badan untuk mengambil makanan sekadar keperluan sahaja.
  • melambatkan proses penuaan.
  • membantu proses perkumuhan.
  • menyingkirkan racun di dalam badan.
  • menambahkan nikmat dan kelazatan makanan setelah sehari suntuk menahan diri dari makan dan minum.
(copy, paste & cut dari blog orang)